Halim dan Abidah turut menyertai persemahan dikir barat.PETALING JAYA: Kesemua penyampai Suria FM bakal mengadakan persembahan dikir barat khas untuk para peminat di The Square, Publika Solaris Dutamas di sini pada Sabtu ini.Menurut satu kenyataan Suria FM, penyampai radio itu bakal tampil dalam dua kumpulan iaitu Arnab Rengsa dan Rimau Elok bersempena aktiviti amal A Bit Charity (ABC) bagi mengumpul dana, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha dan Angels Children’s Home. "Kesemua penyampai radio Suria FM sedang giat berlatih bagi memantapkan persembahan pada hari tersebut malah masing-masing sudah berjaya menghafal skrip dan dialek negeri Kelantan yang sinonim dengan dikir barat."Persembahan istimewa ini adalah sebagai salah satu tarikan pada acara tersebut dan ia tentu akan menggamatkan suasana," kata kenyataan itu.Kumpulan Arnab Rengsa dianggotai oleh Linda Onn, Zaff, Anna Najla, Haffiz Aziz, JJ dan diketuai oleh Adibah Noor.Manakala kumpulan Rimau Helok disertai oleh Halim Othman, Seri Nazira, DJ Lin, Bob Ringgo, Naim Hashim dan diketuai oleh Reza Mohamed.Majlis amal itu bakal berlangsung bermula pukul 10 pagi sehingga 6 petang.Selain penyampai radio, pelbagai aktiviti menarik bakal berlangsung pada hari berkenaan antaranya jualan gerai, jualan amal dan permainan untuk seisi keluarga di samping menghulurkan derma.Penyampai radio dari stesen lain milik Star Radio Group seperti Red FM, 988, Capital FM turut memeriahkan majlis dengan penampilan istimewa artis tempatan seperti Nadhira, Ferhad, Reshmonu, Chelsia Ng dan Shawn Lee.