Afgan menunjukkan album terbaharunya Live To Love, Love To Live semasa pelancaran album itu di The Vanue, Pavilion, Kuala Lumpur pada April lalu.PERJUANGAN penyanyi Indonesia, Afgan Syah Reza dalam pembikinan album ketiga berjudul L1VE To Love' tidak sia-sia apabila album tersebut menerima penghargaan Anugerah Multi Platinum kerana terjual melebihi 500,000 unit di Indonesia.Ia dijual di seluruh restoran makanan segera KFC di Indonesia. Afgan mengakui turut bangga dengan pencapaian tersebut kerana ketika proses pembikinan, dia sedang sibuk dengan pengajiannya di Universiti Monash cawangan Malaysia."Saya sangat bangga kerana perjuangan saya untuk album kali ini sangat luar biasa. Dua tahun lebih pembikinan dilakukan ketika itu saya sedang sibuk belajar di Malaysia."Saya terpaksa ulang alik daripada Jakarta ke Malaysia hampir setiap minggu," ujarnya seperti dipetik kapanlagi.com.Tambahnya, penghargaan tersebut merupakan hadiah kepada hasil titik peluh dan kerja kerasnya serta pencapaian terbesar dalam kerjaya sebagai penyanyi.