Atilia HaronKUALA LUMPUR: Penyanyi Atilia Haron mengakui masih terasa kehilangan bekas suaminya, Allahyarham Ariff Johan Abdul Jalil, 47, yang meninggal dunia pada 7 Ogos lalu akibat penyakit kanser hati.Atilia atau nama sebenar Raja Puteri Atilia Raja Haron, 39, dia mendapat tahu penyakit itu empat bulan sebelum meninggal dunia iaitu sewaktu penyakitnya berada dalam keadaan serius. "Saya orang pertama yang mengetahui perkara itu kerana ketika dia berjumpa doktor untuk menerima laporan kesihatannya, saya tergerak hati untuk menghubunginya,"Alhamdulillah saya sempat menjaga dia empat bulan terakhir sebelum pemergiannya," katanya kepada mStar Online.Atilia mendirikan rumah tangga bersama Ariff Johan selama 10 tahun, namun hubungan tersebut berakhir dengan perceraian pada Januari 2009.Kata Atilia, biarpun sudah berpisah hampir empat tahun lalu, dia masih berkawan rapat dengan Allahyarham."Kami berpisah secara baik dan dia tetap menjadi kawan baik saya, apa juga masalah atau ketika saya berada dalam kesusahan dialah orang pertama yang saya akan hubungi."Ketika dapat tahu dia sakit, saya banyak habiskan masa menemani dia dan menjaga dia di hospital terutama pada saat-saat akhirnya," ujar Atilia.Tambah Atilia, pesanan terakhir arwah supaya dia tidak meninggalkan solat."Ketika saat-saat akhir dia dah tidak banyak bercakap, memang sangat sedih ketika itu, tapi apa yang saya ingat pesanan terakhir dia ialah jangan tinggal sembahyang," ujarnya.Katanya, sambutan Aidilfitri kali ini adalah paling pilu kerana Allahyarham meninggal dunia sehari sebelum Hari Raya.Sementara itu mengenai perancangan masa depannya Atilia mengakui akan menamatkan zaman jandanya dengan seorang jurutera bunyi hujung tahun ini selepas bercinta selama empat tahun."Kami ada rancang untuk berkahwin, Insya-Allah penghujung tahun ini tapi belum ada tarikh sebenar lagi."Majlis tersebut akan dibuat secara kecil kecilan sahaja, hanya untuk keluarga. Kalau tidak jemput pihak media saya akan muat naik gambar dan informasi di laman sosial untuk semua," katanya.