Celine bakal muncul dengan album terbaharunya pada November depan. DIVA terkenal Celine Dion berhasrat untuk merakamkan sebuah lagu bersama penyanyi rap kontroversi iaitu Eminem.Celine berkata demikian selepas ditanya oleh Access Hollywood mengenai artis yang ingin dia bekerjasama dalam album terbaharunya. "Saya sudah banyak membuat kolaborasi dengan pelbagai artis sepanjang karier saya dan berharap dapat bekerjasama dengan Eminem," ujarnya.Malah kata Celine, dia mahu bekerjasama dengan penyanyi rap itu kerana ingin menarik perhatian anak lelakinya Rene-Charles yang kini sudah berusia 12 tahun.Jelas Celine, dia mahu golongan muda mendengar muziknya selain perlu membuat perubahan.Rene sangat gembira apabila saya beritahu telah merakamkan sebuah lagu tulisan Sia Furler yang telah menerbitkan karya seperti Titanium untuk David Guetta dan Diamonds (Rihanna). Itu adalah lagu-lagu kegemarannya," ujarnya.Album terbaharu penyanyi berusia 45 tahun itu yang berjudul Loved Me Back to Life bakal dilancarkan pada 1 November depan.