suria

Ikatan Pertunangan Miley Cyrus & Liam Hemsworth Berakhir

SETELAH beberapa bulan menghadapi masalah, akhirnya Miley Cyrus dan Liam Hemsworth mengumumkan khabar buruk bahawa mereka telah membatalkan pertunangan.

Menurut laporan portal Dailymail, jurucakap pasangan itu yang mengumumkan perkara tersebut di majalah People, Isnin lalu berkata, selepas beberapa bulan menghadapi masalah, akhirnya perpisahan dianggap sebagai jalan terbaik.

Bagaimanapun, khabar ini bukanlah berita yang mengejutkan kerana keputusan Miley yang unfollow Liam di Twitter jelas menunjukkan hubungan mereka sedang berhadapan dengan krisis.

Miley dan Liam mula menjalani hubungan cinta sejak tahun 2009, saat mereka sama-sama membintangi filem The Last Song dan pada Jun 2012, Miley mengumumkan bahawa mereka secara rasmi bertunang.

Keretakan hubungan mereka mula dihidu sebelum Liam dikatakan keluar berdua-duaan dengan Januari lalu dengan Jones. Khabarnya, kontroversi perilaku Miley di pentas MTV VMA 2013 yang berlangsung baru-baru ini menjadi puncak pertengkaran mereka.

Artikel Berikut

Artikel Lain