suria

Cinta Cory Monteith & Lea Michele Hanya Rekaan?

Cory dan Lea sering dilabel sebagai pasangan secocok.
Cory dan Lea sering dilabel sebagai pasangan secocok.
Cory dan Lea sering dilabel sebagai pasangan secocok.

HUBUNGAN cinta pasangan siri Glee iaitu Cory Monteith dan Lea Michele dilaporkan tidak pernah wujud dan kisah itu hanya dicetuskan atas tujuan tertentu.

Blind Gossip melaporkan, percintaan mereka hanya untuk meraih populariti dan pasangan itu tidak pernah mempunyai hubungan istimewa seperti mana dalam siri popular itu.

"Hubungan di antara mereka tidak pernah wujud dan mereka kelihatan sering bersama hanya untuk meraih populariti dan menaikkan rating Glee," kata sumber kepada portal gosip itu.

Sumber tersebut turut menyebut Cory dan Lea tidak pernah tinggal bersama seperti mana didakwa pasangan itu dan hanya berpura-pura untuk menjaga hati peminat.

Malah kesedihan Lea terhadap kematian mengejut Cory pada Julai lalu dikatakan hanya sekadar kesedihan seorang teman.

Jurucakap kepada Lea bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkhabaran terbaharu tersebut dan menganggap gosip berkenaan mengarut.

Artikel Sebelum

Artikel Lain