suria

Ayu Damit & Suami Tanam Nanas, Kelapa

Ayu mengakui semakin selesa bergerak sendiri tanpa diuruskan oleh pihak pengurusan.
Ayu mengakui semakin selesa bergerak sendiri tanpa diuruskan oleh pihak pengurusan.
Ayu mengakui semakin selesa bergerak sendiri tanpa diuruskan oleh pihak pengurusan.

PETALING JAYA: Ketika ramai artis beralih kepada bidang perniagaan seperti membuka restoran, penyanyi Ayu Damit pula sebaliknya apabila melibatkan diri dalam pertanian dengan menanam nanas dan kelapa.

Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit, 24, berkata, aktiviti pertanian itu sudah dijalankan sejak beberapa bulan lalu yang dilakukan atas sebidang tanah di kampung suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin, 26, yang terletak di Kuala Kangsar, Perak.

"Kami memilih untuk memulakan perniagaan itu di Kuala Kangsar kerana senang untuk kami berulang-alik bagi memantau tanaman yang baharu sahaja dimulakan.

"Potensi bidang pertanian sangat besar sebenarnya dan permintaan terhadap nenas dan kelapa juga tinggi. Perkara itu membuatkan kami yakin ia akan berjaya," jelasnya kepada mStar Online

Tambah Ayu, sejak memulakan tanaman tersebut mereka sering menghabiskan masa di kampung bagi memantau perkembangan tanaman itu di kebun selain mengambil kesempatan untuk bertemu keluarga dan sanak-saudara.

Dalam perkembangan lain, Ayu tidak menyangka keputusannya untuk tidak lagi bernaung di bawah syarikat rakaman Monkey Bone hampir setahun lalu banyak mengubah kerjayanya.

Katanya, sejak menguruskan sendiri kerjaya nyanyian, undangan yang diterima semakin banyak sehingga kadang-kala terpaksa menolak permintaan pihak penganjur.

"Sebelum ini pihak penganjur sukar untuk mendapatkan saya kerana perlu menerusi pihak pengurusan dan bayaran yang dikenakan juga agak tinggi.

"Apabila saya menguruskan sendiri kerjaya, ia lebih mudah dan bayaran yang saya minta juga berpatutan dan Alhamdulillah tawaran semakin banyak," katanya.

Ujar Ayu, walaupun sebelum ini dia tidak begitu yakin dapat menguruskan kerjaya sendiri namun dia optimis dapat belajar selok-belok mengenai bidang muzik dan berurusan dengan orang lain.

Sementara itu Ayu kini sibuk untuk merakamkan single ciptaan Aubrey Suwito tidak lama lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain