Samuel L. Jackson. PELAKON Samuel L Jackson bimbang sekiranya suatu hari nanti dia akan mengikut jejak langkah beberapa ahli keluarganya yang hilang ingatan akibat penyakit alzheimer.Samuel berkata, ibunya meninggal dunia akibat penyakit tersebut malah kakaknya turut disahkan doktor menghidap yang sama baru-baru ini. "Bukan sahaja ibu dan kakak malah datuk dan moyang saya turut hilang ingatan dan meninggal dunia akibat menanggung penderitaan penyakit itu," ujarnya.Tambah Samuel, dia sentiasa risau keadaan dirinya yang berpotensi untuk mendapat alzheimer dan tidak dapat membayangkan kehidupannya selepas itu."Saya seperti menunggu hari di mana saya bangun dan tidak mengenali sesiapa. Ia menakutkan saya," katanya.