Aizat AmdanKUALA LUMPUR: Penyanyi Aizat Amdan dan Fauziah Latiff dilantik sebagai duta kempen kesedaran penyakit kanser untuk golongan remaja anjuran Pertubuhan Lets Rock Cancer Malaysia (LECM) bawah Yayasan Kanser Malaysia.Presiden LECM, Mohd Royzilee Mustaffa berkata, pemilihan dua artis itu berdasarkan rekod bersih mereka yang sesuai dijadikan idola masyarakat. "Komitmen Aizat terhadap muzik diharap dapat menarik lebih ramai remaja untuk bersama-sama berhibur sambil mendengar penerangan dan maklumat tentang penyakit kanser."Fauziah pula, mempunyai semangat kental dengan aktiviti sihat dan lasak. Dengan cara tersebut dapat membantu golongan wanita untuk lebih sedar mengenai penyakit ini," katanya pada sidang media majlis pelancaran kempen berkenaan di Hard Rock Cafe, di sini, Rabu.Dalam pada itu, pelbagai program dan aktiviti kesedaran secara berterusan telah dirancang bermula Februari 2014."Kita merancang untuk adakan showcase dan siri jelajah di universiti dan kolej untuk menarik golongan remaja," katanya.Mohd Royzilee juga berharap kempen ini mendapat sokongan daripada badan kerajaan dan korporat bagi merealisasikan objektif menubuhkan Pusat Konsultasi Kanser suatu hari nanti.Sementara itu, Aizat, 25, berkata, keinginannya menyertai kempen ini adalah sebagai salah satu tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat."Walaupun tiada ahli keluarga saya yang menghidap penyakit ini namun saya tetap menganggap ia adalah satu perkara penting bagi memberi kesedaran terhadap pencegahan kanser."Ada seorang rakan saya juga menghidap penyakit kanser pada usia muda dan penyakit ini boleh dicegah dengan penjagaan makanan yang betul selain melakukan aktiviti sihat," katanya.Menurut Aizat, dia juga dalam perancangan mencipta sebuah lagu kesedaran khas untuk kempen ini.Bagi Fauziah Latiff, 43, kepentingan melakukan pemeriksaan kesihatan adalah sangat penting untuk wanita seusianya."Ramai daripada kita terutamanya wanita menganggap pemeriksaan kesihatan tidak penting selain gemar mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat."Saya sendiri buat pemeriksaan setiap enam bulan sekali untuk mengesan penyakit lebih awal,” katanya.