Sarah kembali merokok walaupun pernah membuat pengakuan telah membuang tabiat tersebut. PELAKON Sarah Jessica Parker dilihat kembali menghisap rokok di tempat awam baru-baru ini walaupun pernah memberitahu sudah meninggalkan tabiat tersebut.Sarah, 48, pernah membuat pengakuan ketika muncul dalam program Larry King pada tahun 2004 dia telah berhenti merokok semasa mengandungkan anak sulungnya. Malah bintang Sex And The City itu menyalahkan peranannya dalam drama bersiri tersebut yang menyebabkannya terjebak sebagai perokok.Malah suami Sarah iaitu Mathew Broderick pada tahun 2008 pernah mendedahkan tabiat merokok isterinya lebih teruk berbanding dirinya.