Penyampai Suria FM dan Red FM yang menyertai pertandingan Cabaran Memasak Palm Oil RocksSUBANG: Penyampai-penyampai radio Suria FM dan Red FM buat pertama kali menguji kemahiran memasak mereka dalam Cabaran Memasak Palm Oil Rocks yang diadakan di Empire Subang, pada Sabtu.Timbalan Ketua Pegawai Penyiaran Kumpulan Radio Star, Kudsia Kahar berkata, acara ini merupakan salah satu aktiviti yang bertujuan merapatkan lagi hubungan antara penyampai, pendengar dan klien. "Pertandingan ini merupakan satu cabaran yang bukan sahaja mengetengahkan bakat memasak penyampai, tetapi juga menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu cara mendekati pendengar dengan lebih dekat," katanya kepada mStar Online selepas Cabaran Memasak Palm Oil Rocks di Empire Subang, dekat sini, Sabtu.Pertandingan tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian, dimana Suria FM diwakili oleh Halim Othman, Linda Onn, Lin Suria Cinta dan Haffiz.Manakala Red FM diwakili oleh Lil Kev, Jeremy, Terry dan Fiqrie.Pertandingan yang dimenangi oleh Suria FM ini telah menghidangkan masakan tabouleh sebagai pembuka selera, Nasi Arab Kabsa dan puding caramel.Kedua-dua pasukan diberi masa lebih kurang dua jam untuk menyediakan tiga hidangan istimewa.Dalam pada itu, masakan mereka turut diadili oleh Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai, selebriti Datuk Fazley Yaakob, chef Sherson Lian dan chef Johny Fua.