Jamie Oliver CHEF Selebriti Britain, Jamie Oliver telah mengharamkan dua orang anak perempuannya daripada memiliki telefon bimbit atau mengakses rangkaian media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram kerana khuatir mereka akan menjadi mangsa buli.Chef berusia 38 tahun itu yang mempunyai empat orang anak bagaimanapun seorang pengguna media sosial yang aktif termasuklah memuat naik pelbagai foto keluarga menerusi Instagram. Namun dia tidak membenarkan anak perempuan sulungnya Poppy, 11, dan Daisy, 10, daripada mengakses mana-mana rangkaian media sosial.Malah dia tidak langsung membenarkan mereka memiliki telefon bimbit sendiri.Bercakap kepada majalah Closer, Jamie berkata: “Sebaik sahaja saya mendapat tahun yang dua orang anak perempuan saya membuka akaun Instagram mereka sendiri secara senyap-senyap, saya terus mengarahkan mereka menutupnya. Saya memang tidak suka.”Kata chef itu lagi, dia sedar yang anaknya Poppy sudah pun berusia 11 tahun dan menjadi satu-satunya murid di dalam kelasnya yang tidak dibenarkan memiliki telefon.“Ya memang benar, tindakan saya itu mungkin kelihatan keterlaluan sedikit, tetapi pada masa yang sama saya perlu memikirkan kemungkinan yang mereka (anak-anaknya) akan menjadi mangsa buli menerusi laman sosial ini semua,” tegasnya.Adalah dipercayai yang Jamie bertindak demikian berdasarkan pengalaman masa lalu yang menyaksikan bagaimana anak-anaknya menjadi mangsa perhatian ramai kerana status selebritinya dan juga kemunculannya di kaca televisyen.Jamie Oliver, yang memiliki lima buah restoran atas namanya dan sekolah memasak menambah: “Saya tidak pasti sampai bilakah larangan ini akan berkuat kuasa termasuklah mengharamkan mereka menggunakan telefon pintar tetapi saya berazam untuk mengekalkannya selama mana yang boleh.”