AshantyTIDAK seperti tahun-tahun sebelumnya, ulang tahun yang ke-30 buat isteri kepada Anang Hermansyah iaitu Ashanty disambut lebih sederhana di kediaman mewah mereka di Villa Cinere Mas, Depok, Jawa Barat.Menurut laporan portal Kapanlagi, Ashanty mahu menjadi wanita yang lebih bersyukur ke atas apa yang dimiliki dengan mengadakan majlis hari jadi yang hanya dihadiri beberapa orang ahli keluarga bersama anak-anak yatim. "Umur saya sudah meningkat dan kalau boleh saya ingin sebuah kehidupan yang berkat. Selain mendoakan anak-anak yatim ini, saya juga mendapat doa daripada mereka."Kalau berparti, ia lebih kepada keseronokan bersama teman-teman dan rasanya itu sudah tidak perlu lagi," kata Ashanty atau nama sebenarnya Ashanty Siddik Hasnoputro.