suria

Remy Ishak Enggan Terdedah Di Khalayak

Remy Ishak
Remy Ishak
Remy Ishak

PETALING JAYA: Pelakon Remy Ishak lebih senang melakukan hal sendiri melalui aktiviti-aktiviti yang diminati tanpa perlu terlalu terdedah di khalayak.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 31, berkata dengan cara itu dia lebih mudah dapat menepis gosip-gosip negatif yang berkait dengannya.

"Apabila saya keluar bergaul dengan teman-teman, mata masyarakat melihat dan tidak lama kemudian ia menjadi bahan gosip.

"Jadi lebih baik saya bersikap tidak terlalu terdedah di khalayak dan sekarang ini saya suka berada dalam dunia saya sendiri," katanya.

Tambah Remy, dia juga lebih gemar menghabiskan masa melakukan kebajikan dengan melawat masyarakat di beberapa kampung di negara ini.

"Selain itu saya juga melakukan aktiviti bertukang membina kabinet-kabinet untuk rumah saya. Setiap kali habis penggambaran, inilah aktiviti-aktiviti saya," ujarnya.

Ditanya adakah dia sudah memiliki kekasih, Remy berkata dia hanya ingin memberi fokus terhadap kerjaya seni serta aktiviti masa lapang yang dilakukannya sahaja.

Dalam perkembangan lain, Remy yang sedang menjalani penggambaran drama berjudul Jiwa telah dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2013 (ASK2013) yang bakal berlangsung pada 20 November ini menerusi filem 29 Februari.

"Anugerah ini dianjurkan bagi memeriahkan lagi industri ini dan pencalonan menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik bersaing dengan pelakon-pelakon hebat lain seperti Shaheizy Sam, Que Haidar, Redza Minhat dan Adi Putra pun sudah cukup baik.

"Saya seronok dicalonkan tetapi tidaklah meletakkan apa-apa harapan untuk menang," tuturnya.

Tahun depan, Remy bakal muncul menerusi filem CEO dan Sejoli.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan