PETALING JAYA: Pelakon Ammar Alfian menjelaskan foto-foto seksi sehingga ada kala ke tahap mengghairahkan di Facebook miliknya bukan untuk meraih publisiti murah tetapi bertujuan mencari pelanggan.Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz, 26, berkata, ketika ini dia bekerja sebagai jurulatih gim peribadi dan tidak salah untuknya memuatkan gambar-gambar tubuhnya yang sasa kerana ia berkaitan dengan senaman yang saya lakukan. "Saya bukannya tunjuk foto lucah pun tetapi foto-foto itu adalah aktiviti saya ketika menjalani latihan di gim dan kemudiannya, kejayaan hasil usaha saya itu, saya wajar kongsi dengan sesiapa sahaja."Diharap orang ramai tidak salah faham dengan foto-foto tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Jumaat.Ammar diminta mengulas foto-foto dalam Facebook miliknya yang keterlaluan apabila menampakkan susuk tubuh termasuklah sekeping gambar berseluar tetapi kelihatan bentuk bahagian sulitnya.Bagaimanapun tambah Ammar, dia tidak kisah sekiranya dikritik segelintir pihak kerana sudah biasa menerima pandangan negatif masyarakat sejak menyertai dunia seni hiburan tempatan.Kata pelakon filem KL Gangster 2 ini, sejak di awal kemunculannya, dia sememangnya dikenali kerana sering mempamerkan bentuk badan terutamanya yang membabitkan peragaan fesyen.Sementara itu, Ammar berkata dia kini nekad berhenti daripada dunia lakonan kerana memulakan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi di Kolej Universiti MAHSA di sini."Bekerja dalam dunia hiburan pun bukannya memberi perkara positif pada diri saya apabila saya menjadi mangsa hentaman."Lebih baik saya melakukan kerja lain yang boleh menjana masa depan selain tidak tertekan dengan kritikan masyarakat. Sama ada masih lagi ada peminat atau tidak, saya tidak kisah," ujarnya.Dalam perkembangan lain, filem lakonan Ammar berjudul Showdown bakal ditayangkan pada tahun depan.