suria

Rumah Tangga Beyonce Knowles & Jay-Z Bergolak

Beyonce Knowles dan Jay-Z telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2008
Beyonce Knowles dan Jay-Z telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2008
Beyonce Knowles dan Jay-Z telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2008

RUMAH TANGGA pasangan selebriti Beyonce Knowles dan Jay-Z dikatakan sedang berada di hujung tanduk apabila mereka dikhabarkan berhasrat untuk bercerai.

Menurut laporan portal Star Magazine, hubungan itu retak disebabkan kekecewaan Beyonce terhadap Jay Z yang lalai melaksanakan tugasnya sebagai suami dan juga ayah kepada anaknya, Blue Ivy.

Beyonce menganggap suaminya bersikap ego dan sering tidak mengutamakan keluarga.

"Awal November lalu, Jay-Z telah ke Australia sekejap untuk meluangkan masa bersama keluarga selain mengambil hati Beyonce kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka.

"Ini kerana Jay-Z merancang mengadakan konsert jelajah di Eropah pada masa sama dengan konsert jelajah Beyonce di Australia," kata sumber.

Tambah sumber itu, Jay-Z memutuskan mengadakan konsert jelajah tersebut tanpa berbincang dahulu dengan Beyonce dan sedikit pun tidak berusaha untuk mengatur jadual mereka supaya mereka tidak berpisah terlalu lama.

Masalah tersebut membuatkan Beyonce seperti menjadi ibu tunggal sejak akhir-akhir ini dan penceraian mungkin menjadi salah satu jalan terakhir sekiranya mereka enggan bertolak ansur antara satu sama lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan