suria

Angelina Jolie Dapat Penghargaan Anugerah 'Humaniatarian'

Angelina Jolie
Angelina Jolie
Angelina Jolie

GIAT menyuarakan masalah kemanusiaan, Angelina Jolie mendapat penghargaann anugerah Jean Hersholt Humaniatarian pada Anugerah Gavenor.

Menurut laporan Newkerala, penghargaan tersebut membuatkan Jolie berasa terharu saat menerima anugerah tersebut.

Dengan suara tersekat-sekat, Jolie menyampaikan ucapan mengucapkan terima kasih kepada tunangnya, Brad Pitt.

"Sayangku (Brad), Penghargaan ini diterina atas sebab sokongan dan petunjuk kamu sehingga ia membuatkan segalanya menjadi seperti yang diinginkan, kata Jolie.

"My love. Dukungan dan petunjukmu membuat segala yang kulakukan jadi mungkin," ujarJolie.

Brad Pitt dan putra mereka, Maddox yang duduk di barisan tetamu undangan, bertepuk tangan mendengar ucapan Jolie.

Jolie mengakui bahawa selama ini, sokongan daripada keluarga membuatkan dia kuat menyuarakan masalah kemanusiaan.

Jean Hersholt Humanitarian Award diberikan kepada individu yang berkecimpung di dunia filem yang peka mengenai isu-isu kemanusiaan dan persekitaran serta melakukan perkara lain yang memberi pengaruh kepada industri filem.

Artikel Sebelum

Rani Mukerji Kahwin Februari 2014

Artikel Berikut

Artikel Lain