Tim (kiri) dan Faith telah berkahwin selama 17 tahun. PENYANYI Faith Hill berang dengan laporan yang mengatakan dia dan suaminya, Tim McGraw bakal bercerai tidak lama lagi.Bercakap kepada majalah People, Faith menafikan laporan tersebut dan menyifatkan ia berita murahan mengenai rumah tangganya. "Saya dan suami tidak akan bercerai seperti mana dilaporkan dan saya tidak faham mengapa berita tersebut tiba-tiba menjadi isu," katanya.Sebelum ini pasangan tersebut pernah digosipkan bakal bercerai namun Faith dan Tim tidak pernah melayan berita berkenaan dan membuat sebarang kenyataan kepada pihak media.Pasangan itu telah berkahwin selama 17 tahun.