suria

Abdul Hakim Ikram dan Zarul, Hani & Zue Juara Rising Star

Peserta pertandingan akhir Rising Star, anjuran akhbar The Star yang berlangsung di KL Live, Ahad. -foto THE STAR
Peserta pertandingan akhir Rising Star, anjuran akhbar The Star yang berlangsung di KL Live, Ahad. -foto THE STAR
Peserta pertandingan akhir Rising Star, anjuran akhbar The Star yang berlangsung di KL Live, Ahad. -foto THE STAR

KUALA LUMPUR: Peserta solo Abdul Hakim Ikram dan peserta berkumpulan Zarul, Hani & Zue memenangi tempat pertama dalam kategori masing-masing pada pertandingan akhir Rising Star anjuran akhbar The Star yang berlangsung di KL Live, di sini, Ahad.

Pada pentas akhir tersebut, Abdul Hakim menyanyikan lagu Brand New Me daripada Alicia Keys, manakala Zarul, Hani & Zue membawa lagu Stay Away From My Friend yang dipopularkan oleh Pierce the Veil.

Kedua-dua pemenang diberi peluang merakam semula lagu penyanyi terkenal Yuna dan akan diputarkan di stesen radio Red FM.

Selain itu, mereka turut membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi kemenangan dan sijil serta barangan tajaan.

Sementara itu tempat kedua dimenangi oleh Danial Mohd Khairi bagi ketegori solo dan The Abduls bagi kategori kumpulan menerima wang tunai RM3,000 dan barangan bernilai RM500

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Chua May Yean dan membawa pulang wang tunai RM2,000 serta barangan bernilai RM500.

Tiga penyanyi terkenal Yuna, Sam Bankface dan Atilia menjadi juri pada pertandingan akhir ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Editor Eksekutif The Star Brian Martin.

Program Rising Star ini bermula pada Oktober lalu melalui beberapa ujibakat yang diadakan di beberapa buah negeri serta penyertaan secara talian.

Artikel Lain