Aldo GumaraPETALING JAYA: Kefasihan bercakap dalam bahasa Malaysia membuatkan pelakon baharu kelahiran Indonesia, Aldo Gumara yakin untuk membina nama sebagai seorang pelakon dalam industri lakonan tempatan.Aldo, 29, berkata, dia sudah menetap di Malaysia sejak tahun 2006 kerana mengikuti pengajian bidang fotografi di Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) dan keserasiannya dengan budaya negara ini membuatkan dia ingin memulakan tapak kerjaya seninya di sini. "Saya sayangkan negara saya, Indonesia. tetapi memandangkan saya sudah serasi dengan budaya dan suasana negara ini, saya ingin memulakan kerjaya lakonan di industri tempatan."Saya juga yakin, dengan kebolehan fasih bertutur dalam bahasa Malaysia memudahkan diri untuk mendapat tempat. Cuma sekarang ini saya perlu mengasah bakat lakonan untuk mendapat kepercayaan para penerbit," katanya.Tambah Aldo, dia mula menyertai bidang seni sejak terbabit dalam filem Awan Dania The Movie pada awal tahun 2012. namun, aktiviti lakonan terpaksa dihentikan buat sementara waktu bagi memberi fokus pada pengajiannya.Bagaimanapun, kata anak kelahiran Medan, Indonesia ini, sepanjang pengajiannya juga, dia turut melibatkan diri dalam dunia peragaan dan sehingga kini dia banyak terlibat sebagai model barangan sukan selain memperagakan pakaian di pentas pertunjukan fesyen.Dalam perkembangan lain, Aldo kini muncul dengan drama bersiri terbaharu berjudul Dan Calonnya Adalah... bersama barisan pelakon lain iaitu Ikhwan (Hot FM) Faralyna Idris, Anding, Shazliana, Maria Tunku Sabri dan Dafi.Drama 28 episod itu akan mula ditayangkan pada 12 Disember ini setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 12 tengah hari di laman web www.tonton.com.my/dancalonnya.