Siti Liza tidak mahu terus dikatakan meniru Siti NurhalizaPENYANYI Indonesia, Siti Liza mengubah gaya rambut dan mewarnakan rambutnya kepada warna perang sebagai penampilan baharu.Siti Liza sebelum ini dikatakan meniru penampilan penyanyi Siti Nurhaliza kerana memiliki wajah, gaya rambut dan imej yang sama dengan penyanyi itu. "Sekarang saya sudah tidak dikatakan meniru Siti Nurhaliza dan ramai yang mengatakan imej baharu saya seperti Selena Gomes," ujarnya seperti dipetik Kapanlagi.com.Tambahnya, dia tidak lagi mahu dikatakan meniru gaya penyanyi idolanya itu.