suria

Hrithik Roshan Lalui Tempoh Sukar Untuk Bercerai

Hrithik Roshan
Hrithik Roshan
Hrithik Roshan

PELAKON Bollywood, Hrithik Roshan membuat kenyataan untuk berpisah dengan isterinya Sussane.

Dia kini dikhabarkan melalui hari-hari yang sukar dan memohon agar media dan masyarakat memberi masa kepadanya untuk bersendirian.

"Setelah hidup bersama selama 17 tahun, Sussane meminta cerai dan ini adalah masa yang sulit bagi keluarga kami.

"Saya mohon berikan saya sedikit masa untuk menenangkan fikiran," ujarnya.

Hrithik berkata, dia tidak pernah memikirkan soal perpisahan dan menganggap ikatan perkahwinan perlu dijaga dengan baik.

"Berita ini tidak hanya mengecewakan peminat malah keluarga saya. Saya sudah berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan rumah tangga ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain