Kah CheePETALING JAYA: Stesen televisyen ntv7 muncul dengan sebuah program temubual harian berbahasa Cina pertama di Malaysia iaitu Good Morning Tai Tai bermula 23 Disember 2013.Program tersebut akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat pukul 8 pagi. Menurut kenyataan media yang diberikan kepada mStar Online, rancangan yang turut mendapat sokongan daripada pihak stesen radio one FM itu bakal dijadikan pusat maklumat kepada para penonton untuk berkongsi pelbagai topik serta berita terkini mengenai apa yang berlaku di dalam mahupun di luar negara."Antara pengacara Good Morning Tai Tai Tiang Kah Chee, Jan Chin, DJ one FM, Hoon Mei Sim, Seah Song Fan dan Goh Wee Ping."Ia merangkumi pelbagai topik dan isu seperti sosial, pendidikan, budaya, teknologi serta hal ehwal semasa serta disegmenkan mengikut hari."Pihak kami juga mengundang penganalisa profesional untuk membincangkan keadaan pasaran saham," kata kenyataan tersebut.Dalam pada itu, ntv7 yakin informasi pasaran saham seperti ini juga bakal memberikan manfaat kepada suri rumah moden yang turut memerlukan pengetahuan seperti ini.Segmen khas berkaitan perhubungan suami dan isteri turut menjadi topik bualan hangat selain segmen Top 5 yang dibawa khas dari stesen radio one FM di mana segmen ini akan menyenaraikan 5 perkara mengenai gaya hidup ‘Tai Tai’ (suri rumah).Selain itu, informasi mengenai acara kebajikan serta topik hartanah turut diselitkan pada hari Jumaat.Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang rasmi ntv7 di www.ntv7.com.my. atau siaran ulangan di www.tonton.com.my serta perkembangan terkini menerusi ruangan rasmi media sosial Facebook, Twitter dan Instagram.