suria

Shah Rukh Khan Tidak Anggap Diri Berpengaruh

Shah Rukh Khan
Shah Rukh Khan
Shah Rukh Khan

DIGELAR sebagai lelaki paling berpengaruh di India oleh majalah Forbes sebelum ini, ternyata ia tidak membuatkan aktor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan berbangga dengan gelaran itu.

Shah rukh menerusi portal OneIndia berkata, dia berasa pelik apabila diberi gelaran itu kerana berasa dirinya tiada sebarang keistimewaan langsung.

"Sepanjang 25 tahun berkarya saya tidak pernah berasa punya sebarang pengaruh apa-apapun selain berkemampuan untuk berlakon.

"Kalau di bidang seni lakonan, diakui saya memang hebat, tetapi selain itu, saya tiada apa-apa kekuatan yang mampu mempengaruhi orang pun.

"Tambah pula saya seorang yang sangat pemalu dan mudah gugup apabila berdepan dengan orang," katanya.

Walaupun Shah Rukh berasa dirinya tidak berpengaruh, namun aktor tersebut telah dua kali mendapat gelaran selebriti nombor satu di India yang mempunyai pengaruh besar menerusi kajian yang dibuat oleh Forbes.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain