HAMPIR semua orang menganggap Demi Lovato mempunyai sisi kecantikan yang tersendiri namun penyanyi lagu Heart Attack itu masih kurang berpuas hati dengan bentuk tubuhnya.Menurut laporan portal Contactmusic, Demi merancang untuk melakukan pembedahan plastik membesarkan payudaranya kerana berasa ukuran dadanya terlalu kecil. "Kalau ada yang memutuskan untuk membesarkan payudara, itu pastinya saya kerana ukuran saiz dada saya terlalu kecil," katanya ketika ditemu bual oleh stesen radio Y100.Walaupun berkata dengan nada gurau, ramai yang menyifatkan wanita itu benar-benar serius kerana sebelum ini dia pernah meluahkan hasrat untuk membesarkan payudaranya itu.