Kumpulan The Glam GirlsKUALA LUMPUR: Kumpulan The Glam Girls diumumkan sebagai juara program pertandingan realiti tarian Ceria Superstar musim kedua yang berlangsung di Studio 1, Astro Bukit Jalil, di sini, Ahad.Kumpulan yang dibarisi lima remaja wanita iaitu Putri Nur Alia Nazri, 11, Emisya Alis Putri Roslee, 11, Syarifah Nur Hayati Syed Hamzah, 10, Nur Afriena Athirah, 11, dan Hazdiba Aziz, 12 membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi. Menurut Emisya Alis, kemenangan tersebut merupakan langkah pertama mereka untuk terus mengembangkan bakat mereka dalam bidang ini ke tahap yang lebih tinggi."Kumpulan ini ditubuhkan sejak beberapa tahun dahulu dan sering memenuhi undangan tarian di peringkat negeri dan istana."Kemenangan ini memberi semangat baharu kepada kami untuk meneruskan perjuangan untuk terus berjaya," katanya.Manakala tempat kedua yang dimenangi Zeppo Youngsterz Crew dengan membawa pulang wang tunai RM15,000.Bagi tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Nation One dan Warisan N9 yang mana masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000.Sementara itu, juri tetap Alam Wakaka berkata, kumpulan ini menunjukkan prestasi yang baik dan menunjukkan semangat berkumpulan yang tinggi."Pada awal program kami menjangkakan mereka akan terkeluar kerana tiada kekuatan tarian, namun minggu ke minggu mereka semakin menunjukkan aksi yang bagus."Kelebihan dalam semangat berkumpulan yang ada pada kumpulan ini saya lihat tiada pada lain-lain kumpulan yang bertanding pada peringkat akhir ini," katanya.Program yang bermula selama 10 minggu itu turut menampilkan dua juri tetap dan penasihat tarian iaitu Alam Wakaka dan Belalang.Pada pentas akhir tersebut turut menampilkan penyanyi undangan Stacy dan Smash dengan menyampaikan lagu duet terbaharu mereka berjudul Hello.Ceria Superstar 2 telah bersiaran setiap Ahad pukul 11 pagi di Astro Ceria, saluran 611.