suria

Cut Tari Pilih Jalan Perpisahan

Cut Tari pernah terkait dengan video lucah penyanyi Ariel.
Cut Tari pernah terkait dengan video lucah penyanyi Ariel.

PENGACARA Indonesia Cut Tari mengumumkan keputusannya untuk berpisah dengan suaminya Johannes Yusuf Subrata sebagai jalan terbaik bagi rumah tangga mereka.

"Kami sudah melakukan pelbagai cara untuk memulihkan hubungan ini, namun setakat ini jalan terbaik adalah berpisah," ujarnya seperti dipetik Kapanlagi.com.

Pasangan ini telah mendaftar permohonan cerai pada Disember lalu dan akan menjalani persidangan pada 22 Januari ini.

Pasangan ini turut menafikan wujudnya orang ketiga dalam hubungan perkahwinan itu.

Cut sebelum ini pernah terkait dengan video lucah penyanyi Ariel Noah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain