Antara artis yang terlibat dalam Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL28)SUBANG JAYA: Giliran persembahan peserta dalam Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL28) kali ini ditetapkan sendiri oleh penganjur berbanding pada tahun-tahun sebelum ini yang dilakukan mengikut cabutan undi.Penerbitnya, Khalijah Mohamed berkata, ia bagi melancarkan perjalanan sepanjang pertandingan tersebut yang bakal disiarkan secara langsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dekat sini pada 26 Januari ini. "Pada kali ini kita telah menetapkan sendiri giliran persembahan artis dan tidak menggunakan sistem undian seperti tahun-tahun sebelum ini."Banyak masalah timbul jika persembahan artis bertanding dibuat mengikut giliran melalui undian dan keadaan akan menjadi kelam kabut," katanya pada sidang media Anugerah Juara Lagu ke 28, di Empire Subang, di sini, Selasa.Tambahnya, susunan giliran kali ini dibuat mengikut persembahan yang bakal dilakukan peserta termasuk kegunaan peralatan muzik di atas pentas. Katanya, perkara tersebut telah dibincangkan dan mendapat persetujuan daripada kesemua peserta yang bertanding pada malam tersebut.Giliran yang dibuat akan memperlihatkan Salammusik membuka tirai pertandingan menerusi lagu Aku Pelat diikuti Takkan Terpisah (Black), In Love With You (Aizat Amdan & Noh Saleh), Hanya Aku (Hype Act), Bosan (Stacy) dan Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip).Turut bertanding lagu Penglipur Lara (Hazama & The Penglipurlara), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor), Sahabat (Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Kau Yang Terindah (Alyah) dan Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet).Sementara itu, katanya, AJL28 kali ini berkonsepkan Game On (pertandingan bermula) bersesuaian dengan senario perubahan muzik yang sentiasa berubah dan mahukan pembaharuan."Elemen Game On akan direalisasi dengan grafik dan imej yang disusuli dengan susunan muzik dan persembahan istimewa. Kita mahu peserta tampil dengan idea yang paling kreatif dan menghiburkan," katanya.Selain finalis bertanding penonton turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada beberapa artis popular seperti Shila Amzah, Mus (May), Waris, Ziana Zain, Datuk M Daud Kilau, Dali (Ahli Fikir) dan Zaidi (One Nation Emcees).