Awi Rafael turut memeriahkan acara Jelajah Anugerah Juara Lagu 28.KUALA LUMPUR: Hampir seribu peminat membanjiri perkarangan Busana @ Menara Mara di sini bagi sama-sama memeriahkan siri Jelajah Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) yang diadakan pada petang Ahad.Seramai tujuh orang finalis AJL 28 iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hafiz, Awi Rafael, Altimet, Azlan & The Typewriter, Hazama dan Hyper Act turut memeriahkan acara tersebut dengan mengadakan persembahan istimewa buat para peminat mereka. Selain mengadakan persembahan, kesemua artis yang terlibat turut beramah mesra dengan para peminat yang berkumpul di tempat berkenaan seawal pukul 12 tengah hari.Peminat yang hadir juga turut menyertai pelbagai aktiviti menarik bersama artis serta memenangi cenderahati menarik.Antara acara lain yang turut diadakan adalah pertandingan Guitar Hero, pertandingan nyanyian, tarian dan Drum Battle.AJL 28 bakal berlangsung pada 26 Januari ini di Stadium Putra Bukit Jalil.Lagu-lagu yang layak ke AJL28 terdiri daripada Penglipurlara (Hazama), Takkan Terpisah (Black), Bahagiaku Deritamu (Hafiz Suip), Aku Pelat (Salam Muzik), In Love With You (Noh Salleh & Aizat Amdan), Bosan (Stacy).Manakala Kalau Aku Kaya ( Awi Rafael & Altimate), Hanya Aku (Hyper Act), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Sahabat (Najwa Latiff), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) dan Kau Yang Terindah (Alyah) turut berjaya menempatkan diri di peringkat akhir.Sebuah program khas iaitu Debaran AJL bakal bersiaran pada 25 Januari ini pada hari Sabtu pukul 5 petang bagi mengimbas detik-detik persiapan acara tersebut.Peminat yang ingin mendapatkan tiket percuma bagi menyaksikan AJL 28 boleh berbuat demikian di Balai Pengawal, Seri Pentas, Bandar Utama di sini pada 23 Januari bermula pukul 2 petang.Tiket yang diedarkan adalah terhad.