suria

Dokumentari Terbaik Sepanjang Januari Di TV1

Malapetaka yang menimpa kapal penumpang Costa Concordia turut dipaparkan kepada penonton.
Malapetaka yang menimpa kapal penumpang Costa Concordia turut dipaparkan kepada penonton.

PETALING JAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyajikan dokumentari terbaik mengisi slot Special On 1: National Geographic bermula 20 hingga 24 Januari ini.

Disiarkan pada pukul 7 malam di TV1, dokumentari yang dipaparkan padat dengan informasi kisah mengenai haiwan yang sebelum ini jarang diketengahkan, kisah kapal terbesar di dunia selain kejadian tragis menimpa bekas mangsa pengeboman Hiroshima.

Program dimulakan dengan Race Against The Killer Flu (20 Januari), Realm of the Great White Bear (21 Januari), Thunder Dragons (22 Januari), Costa Concordia Disaster (23 Januari) dan Hiroshima – The Next Day (24 Januari).

Dokumentari Race Against The Killer Flu membawa penonton mendekati tugasan dilakukan pasukan NatGeo menyertai sekumpulan saintis yang mengkaji dan mengenal pasti virus selesema burung (avian flu) yang mula menular di Asia agar tidak menjadi wabak pembunuh ke seluruh dunia. Menariknya dalam dokumentari Realm of the Great White Bear memaparkan aktiviti beruang polar sewaktu musim bunga manakala Thunder Dragons membawa kisah biawak benggala sepanjang lapan kaki yang terdapat di kepulauan Andaman.

Dalam Costa Concordia Disaster pula mendedahkan dengan misteri Costa Concordia, kapal penumpang yang ke-26 paling besar di dunia yang karam di lautan.

Menerusi dokumentari Hiroshima – The Next Day, kongsikan kisah sedih dan tragis bekas mangsa pengeboman atom Hiroshima dan saintis kerajaan Amerika Syarikat dan anggota tentera dihantar untuk menganalisis pengiraan semula selepas kedua-dua mata jelas berbeza pandangan tentang kehancuran.

Artikel Lain