Barisan pelakon drama'The Neighbors' PETALING JAYA: Drama bersiri popular The Neighbors bakal bersiaran di Saluran Ceria Anda, ntv7 bermula 26 Januari, pada setiap Ahad, pukul 9.30 malam.Drama sitkom bersiri 22 episod itu bakal mengingat kembali kisah sitkom popular hebat sebelum ini berjudul 3rd Rock From The Sun. Drama ini dibintangi Jami Gertz, Lenny Venito, Simon Templeman, Toks Olagundoye, Clara Mamet, Tim Jo, Ian Patrick, Max Charles, dan Isabella Cramp.Produksi antarabangsa ABC ini mengisahkan Marty Weaver (Lenny Venito) yang baru sahaja membeli sebuah rumah di Hidden hills iaitu rumah komuniti berpagar yang turut memiliki padang golfnya sendiri bagi membahagiakan isterinya, Debbie (Jami Gertz) dan tiga orang anaknya Amber, Max dan Abby (Clara Mamet, Max Charles, Isabella Cramp).Ketika keluarga Weaver berpindah ke kawasan itu, mereka dialu-alukan dengan cara yang pelik oleh jiran-jiran mereka.Kemudian Weaver tersedar bahawa seluruh kejiranan itu didiami makhluk asing yang berasal dari planet “Zabvron” di mana makhluk berjantina lelaki yang menghamilkan anak mereka dan bukan makhluk perempuan dan menangis mengeluarkan cecair hijau melalui telinga dan mendapat nutrisi dengan mata mereka apabila mereka membaca buku.Digelar sebagai Zabvronians, mereka telah terperangkap di Bumi selama 10 tahun di kawasan tersebut sementara menunggu arahan untuk pulang ke planet mereka. Oleh sebab mereka telah lama mendiami bumi mereka terpaksa menyamar sebagai manusia.Mereka juga boleh bertukar rupa ke bentuk asal dengan menepuk tangan mereka di atas kepala masing-masing.Weaver yang gagal menjual semula rumahnya dalam masa yang singkat terpaksa belajar untuk hidup bersama makhluk-makhluk asing ini yang penug dengan kelakuan aneh yang pastinya membuatkan mereka dalam kacau bilau.