Sharnaaz Ahmad.PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad tidak mahu kontroversi gambar mesranya dengan aktres Nelydia Senrose, 20, terus berpanjangan dan enggan memberi sebarang ulasan berhubung kemelut itu.Malah Sharnaaz, 29, juga berkata, dia mengambil pendekatan enggan mengambil tahu mengenai perkara itu lagi. "Saya tak nak komen. Saya tak nak isu ini terus berpanjangan. Saya juga tak nak tau apa-apa," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.Menurut Sharnaaz, dia lebih selesa berbicara mengenai karier berbanding terus memberi kenyataan yang boleh memburukkan lagi keadaan."Orang lain boleh beri komen apa saja. Tapi, buat masa ini, saya hanya selesa bercakap mengenai karier saya," katanya.Terdahulu Sharnaaz dalam laman Instagram miliknya beberapa minggu lalu memuat naik gambar-gambar bersama Nelydia Senrose ketika penggambaran Bukan Kerana Aku Tak Cinta dengan aksi mesra dan kapsyen romantis.Tindakan itu turut menyebabkan Qi Razali yang juga kekasih kepada Nelydia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Sharnaaz di laman sosial Twitter miliknya.Qi berkata, tekanan turut memuncak apabila rakan-rakannya mula bertanya dan menghantar gambar-gambar berkenaan bagi mendapatkan penjelasan.Dalam pada itu Qi yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp memberitahu akan memberi ulasan apabila pulang ke Malaysia kelak.Dia kini bercuti di United Kingdom.Bukan Kerana Aku Tak Cinta disiarkan bermula pukul 10 malam di Astro Mustika sejak 9 Disember 2013.Drama 60 episod itu turut membariskan pelakon Iqram Dinzly, Datuk Jalaluddin Hassan, Lisdawati, Chew Kin Wah, Adeline Tsen dan Tony Eusoff.