suria

Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair Dengar Lagu Romantis

Bunga dan Ashraf telah berkahwin selama lima tahun.
Bunga dan Ashraf telah berkahwin selama lima tahun.

PELAKON dan penyanyi Bunga Citra Lestari mendedahkan dia dan suaminya Ashraf Sinclair sering mendengar lagu-lagu romantis sebagai salah satu cara mengekalkan keharmonian rumah tangga mereka.

Bunga atau lebih mesra dengan sapaan BCL memberitahu Kapan Lagi, cara itu dapat mengingatkan mereka saat-saat indah sebelum bergelar suami isteri sekali gus mengeratkan hubungan mereka.

"Kebiasaannya kami akan menghabiskan masa berdua dan mendengar lagu-lagu romantik kegemaran kami. Ia seperti satu terapi yang menyenangkan," katanya BCL yang telah berkahwin dengan aktor kelahiran Malaysia itu selama lima tahun.

Dalam pada itu, BCL berkata, dia juga amat mementingkan kebersihan diri sebagai satu cara memikat hati Ashraf dan menganggap ramai wanita terlepas pandang mengenai perkara itu.

Jelas pelakon filem Habibie & Ainun itu, dia sentiasa memastikan tampil cantik untuk suaminya walaupun keletihan kerana jadualnya yang padat.

Pasangan itu dikurniakan dengan seorang anak lelaki, Noah Sinclair yang kini berusia empat tahun.

Artikel Sebelum

Tom Cruise Disaman RM3.3 Juta

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan