suria

Simon Cowell Yang Tak Sukakan Kanak-Kanak Kini Bangga Menjadi Ayah...

Simon bersama bayinya, Eric.
Simon bersama bayinya, Eric.

SEMUA teman rapatnya tahu yang Simon Cowell tidak pernah menginginkan anak.

Malah dia tidak pernah menunjukkan sikap mesra kepada kanak-kanak dan memberitahu semua kawannya yang dia tidak mempunyai nilai-nilai seorang bapa yang baik.

Tetapi nampaknya sebaik sahaja anak sulungnya, Eric dilahirkan ke dunia pada 14 Februari, Simon, 54, menjadi orang yang pertama mengumumkannya di laman Twitter.

Kini tanpa rasa kekok, dia mempamerkan kepada dunia sekali lagi menerusi laman sosialnya bagaimana dia mendakap bayinya itu dengan penuh kasih sayang dan manja sekali.

Simon menulis kata-kata berikut bersama-sama foto yang baru dimuatnaikkan itu;

"'Ibu, ayah dan Eric. Sekarang baru berusia dua tahun."

Malah dia juga menulis; 'Saya tidak pernah terfikir dan tahu betapa penuh kasih sayang dan rasa bangga yang dapat saya rasakan sekarang.'

Kekasihnya, Lauren Silverman melahirkan anak lelaki mereka yang dinamakan sempena nama bapa Simon, Eric pada saat dia sedang menguruskan episode X-Factor di London.

Simon menggunakan jet peribadinya untuk terbang semula ke New York untuk menyambut kelahiran bayinya itu sebaik sahaja menerima panggilan telefon dari Lauren.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain