suria

Majlis Resepsi Editor Hiburan mStar Meriah Dengan Kehadiran Ramai Artis

Majlis persandingan Niezam penuh meriah dengan kehadiran ramai selebriti tempatan.

PETALING JAYA: Majlis persandingan editor hiburan mStar Online iaitu Niezam Abdullah dan pasangannya Siti Noraziah Sukarni pada Sabtu lalu meriah dengan kehadiran artis-artis tempatan.

Acara persandingan tersebut berlangsung di Dewan Majlis Daerah, Jalan Taman Merdeka, Selama, Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Editor Hiburan mStar Sah Bergelar Suami 

Antara artis yang hadir termasuklah Azmir Arif, Zaibo, Fara Fauzana, Shamsul Ghau Ghau, Amran Ismail, Fazli Zainal, Ayu (OIAM) Datuk Rosyam Nor, Syafiq Kyle, Sahri (AF), Azza (Elite), Farawahida, Cef Zam dan Haiza.

Antara tetamu yang hadir.

Hadir sama rakan-rakan wartawan hiburan termasuk wakil syarikat rakaman tempatan.

Dalam pada itu, artis-artis seperti Azmir, Farawahida, Haiza, Fazli Zainal dan Ayu turut menghiburkan pengantin dan para tetamu dengan mempersembahkan lagu-lagu nyanyian mereka.

Pelakon drama Tanah Kubur iaitu Syafiq Kyle menjadi pengapit pengantin lelaki sementara Shamsul Ghau-Ghau dan Pengarang Pancaindera, Mingguan Malaysia iaitu Tengku Khalidah Tengku Bidin bergandingan sebagai pengacara.

Dalam pada itu Niezam berkata, dia bersyukur majlis pernikahan dan resepsinya berjalan dengan baik dengan kehadiran ramai sahabat handai dan juga saudara-mara.

"Alhamdulillah... saya hanya dapat merakamkan ucapan terima kasih kepada semua dan berharap agar dititipkan doa agar rumah tangga dibina ini bahagia ke akhir hayat selain dikuruniakan zuriat yang baik-baik, Insya-Allah," katanya.

Niezam, 40, sah bergelar suami kepada Noraziah, 26,  dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Sungai Ara, Pantai Besar, Batu Kurau, Taiping, Perak Jumaat lalu.

Akad Nikah disempurnakan oleh Naib Kadi Kariah masjid tersebut, Ustaz Khairi Ahmad. Pengantin perempuan diwalikan oleh abang sulungnya, Za'ba Sukarni.

Niezam memberikan mas kahwin sebanyak RM500 beserta wang hantaran berjumlah RM10,110.10.

Pasangan tersebut telah mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu.

Mereka memilih Bali, Indonesia sebagai destinasi berbulan madu atas tajaan AirAsia.

Niezam Abdullah, Kahwin

Artikel Lain