suria

'Separuh Jiwaku' Tonjol Kekuatan Wanita

Elfira membawakan watak utama dalam drama 'Separuh Jiwaku' di TV9.
PETALING JAYA: Drama bersiri terbaharu slot Ratu berjudul Separuh Jiwaku akan bermula pada setiap Selasa dan Rabu, pada pukul 8.30 malam di TV9.

Drama yang menggantikan 7 Suami ini masih lagi mengangkat tema kekuatan seorang wanita yang tabah mengharungi pelbagai dugaan.

Ia dilakonkan oleh Elfira Loy, Aedy Ashraf, Hafizuddin Fadzil, Jasmin Hamid dan Liza Abdullah.Drama ini mnegisahkan tentang seorang gadis bernama Hanna Dalila lakonan Elfira Loy yang mengusahakan sebuah kedai dobi sebagai sumber pendapatannya. 

Dia merupakan anak yatim piatu dan dipelihara oleh emak saudaranya semenjak kecil. 

Sementara itu, Emir Izlan (Aedy Ashraf) yang merupakan seorang pemuda kampung bekerja sebagai pemandu kepada Datuk Darwish dan Datin Sofinah. 

Emir merupakan anak kandung Datin Sofinah tetapi seringkali Datin Sofinah mengingatkan Emir supaya pertalian darah mereka tidak diketahui oleh Datuk Darwish. 

Emir menyewa bilik di atas kedai dobi Hanna dan apabila terlihatkan Hanna pertama kali, dia sudah mula sukakan Hanna dan berkawan rapat dengan Hanna.

Bagaimanapu, Datuk Darwish yang merupakan pelanggan tetap kedai dobi turut meluahkan hasrat untul berkahwin dengan Hanna.

Emir juga terkejut kerana Hanna juga menunjukkan respon positif dan mahu berkahwin dengan lelaki itu.

Semenjak itu Emir mula menyimpan dendam terhadap Datuk Darwish kerana merampas wanita yang dicintainya.

Ikuti perjalanan kisah penuh konflik yang dilakonkan setiap Selasa dan Rabu pukul 8.30 malam di TV9.

slot Ratu, tv9, Separuh Jiwaku, Elfira Loy

Artikel Lain