suria

LY dan Baiduri Minta Pandangan Anak-Anak Buat Lagu Terkini

LY dan Baiduri akui lebih ramai peminat selepas menang besar dalam beberapa majlis anugerah melalui lagu 'Bahagiamu Deritaku'.
PETALING JAYA: Komposer dan penulis lirik, LY, dan isterinya, Baiduri, mengakui terpaksa meminta pandangan anak-anaknya terhadap sesebuah lagu baharu yang mereka dihasilkan.

LY atau nama sebenarnya Rozman Shafie, 52, berkata, selain itu mereka juga turut meminta pandangan daripada meminta pandangan daripada kalangan remaja tentang trend lagu sekarang yang mereka inginkan.

"Kami memang sudah lama tidak aktif sejak 2006 dan sebagai orang lama kami juga akui tidak begitu peka dengan citarasa anak muda sekarang.

"Oleh itu, setiap lagu baharu, kami akan minta anak-anak untuk dengar dan komen, selain itu juga di laman-laman sosial, saya akan bertanya kepada peminat-peminat di kalangan remaja tentang lagu yang mereka inginkan," ujarnya kepada mStar online.

Dalam pada itu, LY turut mengakui peminatnya semakin bertambah sejak kemunculan semula dan kemenangan besar dalam beberapa majlis anugerah melalui lagu Bahagiamu Deritaku nyanyian Hafiz Suip.

Jelasnya laman sosial Facebook yang dahulunya sepi kini meningkat seramai lebih 3000 pengikut.

"Alhamdulillah, selepas kemenangan demi kemenangan di (Anugerah Planet, AJL, Anugerah Meletop) tahun ini, laman Facebook (FB) kami yang lama sepi tiba-tiba mula ada ramai pengikut," katanya.

Pada Sabtu lalu, LY mengadakan perjumpaan mesra dengan peminat-peminatnya di Taman Tema Wet World, dekat sini bagi menghargai sokongan yang diberikan kepada mereka suami isteri.

Turut hadir pada majlis tersebut Hafiz Suip, Riz (AF6) dan kumpulan AXL.

LY, Baiduri, Bahagiamu Deritaku

Artikel Lain