suria

Tragedi MH370: Kumpulan Star Radio Beri Peluang Rakyat Malaysia Buat Ucapan Takziah

Kumpulan Star Radio prihatin terhadap insiden pesawat MH370.
PETALING JAYA: Semua stesen radio Kumpulan Star Radio membatalkan penyiaran biasa bagi menghormati pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap penerbangan Malaysia MH370 yang disahkan terhempas di Lautan Selatan India.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, semua stesen radio iaitu Suria FM, Red FM, 988 dan Modal FM akan membuka siarannya bermula pukul 6 pagi kepada semua pendengar yang ingin memberikan ucapan takziah terhadap kejadian tersebut.  

"Semua stesen di bawah Kumpulan Star Radio telah membatalkan siaran biasa dan akan membuka talian kepada rakyat Malaysia yang ingin membuat ucapan dan menzahirkan rasa simpati mereka terhadap kejadian MH370," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menambah bahawa semua stesen akan berhenti bersiaran selama 30 saat pada pukul 8 pagi.

"Sebagai tanda hormat, semua stesen di bawah Kumpulan Star Radio juga akan memerhatikan siaran selama 30 saat pada pukul 8 pagi,

"Ia adalah bagi memberi penghormatan terakhir kepada mangsa pesawat MH 370 " kata kenyataan itu.

Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 17 hari lalu gagal dikesal melalui radar pukul 2.15 pagi pada 8 Mac selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Beijing.

Ia melibatkan seramai 239 penumpang dan anak kapal .

Artikel Lain