PETALING JAYA: Drama bersiri The Descendant antara karya yang menerima 12 pencalonan iaitu kedudukan 10 teratas pada acara Golden Awards 2014 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 20 September depan. Drama arahan Jason Kok itu turut menerima pencalonan dalam kategori seperti Drama Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik. Jason turut dicalonkan dalam kategori Pengarah Terbaik menerusi karyanya itu dan sebuah lagi drama berdiri berjudul The Undercover. Nama lain yang turut tercalon dalam kategori sama disamping Jason adalah seperti Chan Wai Cheong, Tham Siew Ngoy, Ang Yee Sien dan Chong See Lin. Manakala drama bersiri Mining Magnet dan The Undercover masing-masing menerima 11 dan 10 pencalonan pada anugerah itu termasuk Drama Terbaik. Frederick Lee tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Dalam pada itu, pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menyaksikan pertembungan di antara Leslie Chai dan Frederick Lee yang tersenarai dengan dua pencalonan bagi dua drama berbeza. Sementara aktres Debbie Goh dan Chris Tong turut bersaing bagi merebut tempat lima terbaik dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik dengan tiga pencalonan buat diri masing-masing. Pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik Golden Awards 2010, Yeo Yann Yann sekali lagi menerima pencalonan dalam kategori sama selain Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi drama lakonannya, The Descendent dan Happy Family. Yann Yann turut menerima pencalonan dalam kategori bukan drama iaitu Pengacara Rancangan Variasi dan Hiburan Terbaik menerusi program Aunty Must Go Crazy. Golden Awards mula diperkenalkan pada tahun 2010 bagi menghargai pelakon dan pekerja industri program televisyen berbahasa Cina yang diterbitkan oleh anak tempatan. Yeo Yann Yann menerima tiga pencalonan pada Golden Awards 2014. Sebanyak 20 anugerah diberikan pada malam itu nanti yang mana 11 untuk kategori drama manakala selebihnya kategori bukan drama. Acara itu diadakan setiap dua tahun sekali dan kali terakhir diadakan pada tahun 2012. Pada edisi kali ini, pelakon Lynn Lim akan bertindak sebagai pengacara acara gilang gemilang itu. Dalam perkembangan lain, bagi kategori bukan drama, beberapa program menarik seperti Aunty Must Go Crazy, Ultimate Power Star 2, Rush Hunt , The Ultimate Song dan Kid Ask Big Question tercalon dalam kategori Program Hiburan Terbaik. Pengacara Baki Zainal menerima pencalonan dalam kategori Hos Program Majalah Terbaik. Manakala bagi kategori Rancangan Majalah Terbaik yang tercalon adalah Eve's Dairy, Ho Chak!, Helping Hands, Folks and Tales dan Foodie Blogger. Satu-satunya calon tunggal berbangsa Melayu iaitu Baki Zainal turut tercalon dalam kategori Hos Program Majalah Terbaik menerusi Step Forwards. Dia boleh berbahasa Mandarin. Pengurus Besar Kumpulan NTV7 dan 8TV, Airin Zainul ketika ditemui berkata, pemilihan pencalonan 10 terbaik itu dilakukan sejak September 2013 dan penyertaan ditutup pada awal Januari lalu. Kata Airin, pihaknya menerima 238 penyertaan untuk kategori drama manakala 144 bagi kategori bukan drama pada penganjuran tahun ini. "Pusingan pertama diadili pada Mac lalu dan bagi mencari lima terbaik pula, penilaian akan dibuat selepas ini manakala pengumuman lima terbaik hanya akan dibuat pada Jun depan," katanya. Berikut adalah senarai kategori dipertandingkan pada Golden Awards 2014. Kategori Drama 1. Drama TV Terbaik 2. Pelakon Lelaki Terbaik 3. Pelakon Wanita Terbaik 4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik 5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik 6. Pelakon Baru Terbaik 7. Telemovie Terbaik 8. Pengarah Terbaik 9. Lakon Layar Asal Terbaik 10. Lagu Tema Drama Terbaik 11. Montaj Drama Terbaik Kategori Bukan Drama 1. Rancangan Variasi dan Hiburan Terbaik 2. Pengacara Rancangan Variasi dan Hiburan Terbaik 3. Rancangan Berita dan Hal Ehwal Semasa Terbaik 4. Penyampai Rancangan Berita dan Hal Ehwal Semasa Terbaik 5. Penyampai Berita Terbaik 6. Rancangan Majalah Terbaik 7. Pengacara Rancangan Majalah Terbaik 8. Rancangan Perayaan Terbaik 9. Montaj Rancangan Terbaik