suria

KRU & TGV Jalinkan Kerjasama Angkat Filem Boxoffice

Usahasama antara KRU dan TGV adalah bertujuan mengkaji kencenderungan dan trend penonton terhadap filem-filem terkini pada peringkat akar umbi.

PETALING JAYA: Kumpulan Syarikat KRU dan TGV Cinemas mengumumkan kerjasama strategik dengan perjanjian pengedaran filem bagi tempoh setahun di mana TGV pictures dipertanggungjawabkan untuk memasar dan mengedarkan filem yang dilesenkan dibawah syarikat penerbitan tersebut di seluruh pawagam tanah air.

Presiden Eksekutif, Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim berkata, usahasama itu adalah bertujuan mengkaji kencenderungan dan trend penonton terhadap filem-filem terkini pada peringkat akar umbi.

"Kutipan boxoffice bagi filem-filem tempatan secara keseluruhannya semakin merosot sejak 2012 dan berada pada tahap membimbangkan.

"Pihak kami percaya kerjasama dengan TGV Pictures dapat membantu memberi maklumat sebenar pada peringkat akar umbi," katanya dalam satu sidang media berhubung perkara itu, di sini, Khamis.

Jelas Norman, kerjasama strategik itu dilihat dapat menyumbang ke arah peningkatan prestasi kutipan boxoffice sesebuah filem.

Tambahnya, kelembapan industri filem menjadi lebih buru jika semua pihak tidak mengenal pasti punca sebenar penonton enggan menyokong filem tempatan.

yt6
                                       Norman Abdul Halim


"Sebelum ini kita ada membuat beberapa kajian awal, namu masih tidak mencukupi untuk mengatasi masalah itu.

"Apa yang kita dapati penonton mahukan filem yang segar dan lain daripada lambakan yang ada. Selain itu masa filem dikeluarkan mengikut jadual juga mampu membantu kepada  tahap Boxoffice contohnya filem The Journey.

"Pemerhatian saya, filem itu keluar tepat pada masa kerana tiada saingan daripada filem-filem hebat dari Hollywood," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Picture, Garald V. Dibbayawan berkata kerjasama ini merupakan peluang pemamer menunjukkan tanda sokongan dan menggalakan perkembangan filem tempatan.

Kerjasama berkenaan merupakan satu perkembangan yang baik dan selaras dengan matlamat TGV Pictures dalam mempelbagaikan kandungan serta mempertingkatkan pembangunan pasaran pemamer di Malaysia," katanya.

Antara filem yang bakal dikeluarkan di bawah kerjasama ini adalah Dendam Orang Mati, Mat Tudung, Rabbit, Puaka Balai Gombak, Stranded dan Cicakman 3.

Turut hadir pada majlis tersebut Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim, Lisa Surihani dan Jason Chong. 
KRU, TGV, Norman Abdul Halim.

Artikel Lain