Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 28, berkata, seramai tiga orang pencuri yang membawa lori jenis Isuzu cuba mengambil barangan katering yang disewa dan diletakkan di belakang rumah untuk kegunaan majlis pertunangan adiknya Sabtu lalu.
"Mujurlah ibu saya perasan ada orang di belakang rumah mengambil barangan katering tersebut dan dia terus menjerit melihat pencuri-pencuri berkenaan.
"Selepas mendengar jeritan ibu, mereka berhenti mencuri dan terus lari. Saya pula terus mendapatkan kereta saya untuk mengejar mereka.
Tambah Ajak, bagaimanapun ketiga-tiga pencuri tersebut meninggalkan lori mereka di tepi jalan dan menyelamatkan diri masing-masing sementara barang yang dicuri masih lagi berada dalam lori berkenaan.
Selepas kejadian tersebut, Ajak telah membuat laporan polis di Balai Polis Kulai dan di Skudai.
Dalam pada itu, pelawak Jep (Sepah) turut berada di tempat kejadian.
"Saya tak sangka Jep pun sanggup turun padang mahu membantu saya. Apa-apapun saya anggap ia sebahagian pengalaman yang tidak akan dilupakan kami sekeluarga," ujarnya.