suria

Awie (Wings) Tak Akan Dedah Kes Rumah Tangga

Awie dilantik menjadi jurucakap kepada produk Longjack.

AMPANG: Penyanyi rock Awie (Wings) tidak akan mendedahkan sebarang masalah rumah tangganya kepada umum meskipun ia menjadi satu kontroversi yang ingin diketahui ramai.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46,  berkata, sekiranya dia berbuat demikian, ia sedikit sebanyak akan menggugat rumah tangganya tanpa sedar.

"Bagi saya hal rumah tangga tak perlulah nak diceritakan kepada umum. Tak kisahlah sama ada ia kontroversi atau tidak, cerita-cerita suami-isteri tidak perlu didedahkan," katanya.

Awie ditemui pada majlis pengumuman penyanyi itu sebagai duta produk kesihatan LongJack di Bora Ombak di sini pada petang Selasa.

Awie sebelum ini dikatakan memukul isterinya, Rozana Misbun,35, di sebuah bank di Ampang sehingga menimbulkan kekecohan.

Awie bersama produk Longjack.

Bagaimanapun Awie enggan memberi komen tentang khabar angin tersebut dan menganggap masalah rumah tangganya tidak perlu diceritakan.

Sementara itu, bercerita mengenai pelantikannya sebagai jurucakap produk LongJack, Awie yang sebelum ini tidak pernah mencuba sebarang produk kesihatan tradisional berkata, dia mula mempercayai produk tersebut sejak dua bulan lalu.

"Dulu saya bukan seorang pengamal ubat-ubatan kampung mahupun makanan tambahan lain tetapi selepas ditawarkan untuk menjadi duta produk, saya mahu mencuba dahulu sebelum menandatangani kontrak.

"Tak sangka pula produk tersebut memberikan saya tenaga agar tidak lesu dan sentiasa aktif melakukan apa-apa saja perkara," ujarnya.

Awie akan bertindak mempromosikan rangkaian produk LongJack seperti Kapsul LongJack Plus, Kopi LongJack 5+1, Jus LongJack dan LongJack Tropical yang mana barangan itu menggunakan ekstrak Tongkat Ali sebagai bahan utamanya.
Awie, Rozana Misbun

Artikel Lain