suria

Zara Zya Terkejut Kes Kemalangan Dapat Liputan Meluas

Gambar fail menunjukkan Zara memegang trofi kemenangannya dalam anugerah Meletop Era pada 8 Februari lalu.

PETALING JAYA: Pelakon Zara Zya terkejut apabila berita kemalangannya di Port Dickson pada awal pagi Ahad lalu mendapat liputan meluas terutama di laman sosial.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, berkata, biarpun semasa kemalangan itu hanya kereta dia sahaja mengalami kersoakan, namun Zara menganggap ia sebagai masalah kecil sahaja.

"Kejadian tersebut sebenarnya kecil sahaja dan saya terkejut apabila ia mendapat perhatian meluas sehingga saya lihat ia banyak dikongsi dalam laman sosial.

"Saya faham mungkin ada peminat bimbang dengan kejadian menimpa tetapi saya dalam keadaan baik. Cuma kereta sahaja mengalami kerosakkan pada radiator dan remuk pada bahagian kanan," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam kejadian pukul 1.15 pagi itu, kereta Suzuki Swift milik Zara dilanggar oleh sebuah kereta Honda Prelude ketika dia sedang menjamu selerai di sebuah gerai tepi Pantai Bagan Pinang bersama rakan-rakannya sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat termasuklah kereta indivdiu lain turut dilanggar.

Bagaimanapun kata Zara, dia tetap bersedih dengan kejadian tersebut kerana kereta kesayangannya itu tidak pernah mengalami kemalangan sejak mula digunakannya empat tahun lalu.

Jelas Zara dia membeli kereta berkenaan hasil daripada wang lakonan diterimanya dan menjelaskan kenderaan tersebut banyak berjasa.

mStar Default Image
Imej kereta Suzuki Swift milik Zara yang terlibat dalam kemalangan tersebar di laman sosial.

"Saya masih ingat betapa susahnya saya hendak membeli kereta tersebut kerana perlu mengumpul wang terlebih dahulu dan Alhamdulillah berkat kesabaran dan rezeki dalam bidang lakonan saya dapat memiliki kereta idaman saya.

"Apa-apa pun saya reda dengan kejadian menimpa dan harap-harap kereta saya itu akan siap dibaiki dalam masa beberapa minggu ini," ujarnya.

Sementara itu, Zara berkata, buat sementara waktu dia akan menggunakan kereta milik pengurusnya jika mempunyai sebarang acara yang perlu dihadiri.

Bagaimanapun dia lega kerana buat masa ini dia tidak terikat dengan apa-apa jadual penggambaran.

"Syukur saya sekarang tidak ada penggambaran kalau tidak susah juga untuk bergerak.

"Tetapi sekiranya ada apa-apa majlis saya akan meminta pinjam kereta pengurus untuk bergerak," katanya.
Zara Zya

Artikel Sebelum

Artikel Lain