suria

Siti Saleha Enggan Dedah Kisah Cinta Untuk Elak Kontroversi

Saleha tidak mahu hubungan cintanya terlalu menjadi perhatian umum.
PETALING JAYA: Pelakon Siti Saleha menjelaskan dia bimbang sekiranya terlalu terbuka bercerita mengenai teman lelaki kerana ingin mengelak daripada timbulnya sebarang kontroversi. 

Saleha berkata, sebagai seorang figura yang dikenali ramai dia sedar sentiasa menjadi perhatian dan langkah tersebut dapat mengurangkan tumpuan masyarakat terhadap kehidupan peribadi.

"Saya bukan ingin berahsia cuma ada perkara yang saya tidak boleh kongsi dengan semua orang kerana bimbang akan ada cerita kurang enak timbul sekiranya kami terlalu terbuka.

"Buat masa ini saya tidak akan bawa dia ke mana-mana majlis hiburan malah dia sendiri tidak selesa menjadi tumpuan ramai," katanya kepada mStar Online

Pelakon drama bersiri Ramadan Jangan Pergi  itu sebelum ini mengakui sedang bercinta dengan seorang lelaki yang berasal dari Portugal.


Nama Saleha jarang dikaitkan dengan kontroversi.

Bagaimanapun Saleha enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai lelaki berusia 27 tahun itu namun mengakui dia seorang jejaka yang budiman.

Dalam pada itu, pelakon itu lega apabila namanya jarang dikaitkan dengan apa-apa kontroversi dan berharap perkara itu dijauhkan daripadanya. 

Kata Saleha lagi, fokusnya kini terhadap kerjaya lakonan dan dia juga lebih gemar duduk di rumah sekiranya tidak mempunyai sebarang komitmen kerja yang mungkin menjadi alasan mengapa namanya jarang dikaitkan dengan kontroversi.

Selain Ramadan Jangan Pergi yang sedang bersiaran di slot Samarinda pada setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 10 malam, Siti Saleha juga bakal muncul dengan drama bersiri berjudul Manis di Astro Ria.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain