suria

Hazama Belum Sedia Kahwin Kekasih Kerana Agama

Hazama tidak mahu terburu-buru membuat keputusan berkahwin.
PETALING JAYA: Juara program Akademi Fantasia musim kesembilan Hazama masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan teman wanitanya, Genervie Kam kerana perbezaan agama.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 30, berkata, mereka berdua memerlukan lebih masa kerana banyak perkara perlu diberi pertimbangan sebelum 
membuat sebarang keputusan.

"Harus saya akui perbezaan agama di antara kami menjadi faktor utama kenapa kami belum bersedia ke arah itu buat masa ini kerana ia isu yang sensitif.

"Insya-Allah jika ada jodoh di antara kami pasti suatu hari nanti kami akan disatukan juga sebagai suami-isteri," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Hazama berkata, dia mahu memastikan pengetahuan agamanya mencukupi sebelum berkahwin kerana sedar bukan mudah untuk membimbing seorang saudara baharu.

Jelas Hazama lagi, pertanyaan teman wanitanya kepadanya mengenai Islam adakalanya membuatkannya tersedar bahawa perlu mendalami ilmu agama dengan lebih baik.

"Perkahwinan bukan perkara kecil yang boleh dipandang rinngan dan persediaan dari segi mental dan rohani sangat penting dalam menjadi ketua keluarga," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Hazama berkata sepanjang bulan Ramadan dia akan terlibat dengan beberapa majlis berbuka puasa bersama peminat selain beberapa persembahan istimewa sempena Syawal.

Hazama.

Artikel Lain