suria

Astro Siarkan 115 Program Terbaik Sempena Hari Raya Aidilfitri

Sebanyak 55 program baharu bakal disiarkan di bulan Syawal akan datang. Foto AIZUDDIN AFIQ FIRABERI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 115 program akan disiarkan di stesen televisyen Astro bersempena sambutan Aidilfitri ini.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, 55 daripada program yang disediakan merupakan program-program baharu yang masih belum ditonton termasuklah filem-filem baharu.

"Pihak kami mula merancang menyusun program-program terbaik Aidilfitri sejak awal tahun lagi bagi memberikan yang terbaik buat pelanggan.

"Bukan sahaja program-program tempatan, tetapi karya-karya luar negara seperti dari Hollywood dan Bollywood turut dipaparkan nanti menerusi 13 buah rangkaian Astro yang terpilih," katanya.

Khairul ditemui pada sidang media pelancaran program-program baharu Astro sepanjang Syawal ini di Hotel Royale Chulan di sini pada malam Rabu.

Antara 13 saluran yang dipilih termasuklah Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Citra (131), Astro Warna (132), Mustika HD (134) dan Astro Ceria (611).

Program-program yang bertemakan Kosong-Kosong, Buka Lembaran Baru itu mengandungi pengisian kandungan daripada pelbagai genre seperti telefilem, komedi, muzikal, konsert, majalah, hiburan, kerohanian, drama, animasi serta koleksi filem-filem tempatan dan luar negara.

"Dalam pada itu, kami juga meneruskan tradisi dengan mempersembahkan program eksklusif bersama dua selebriti iaitu Zizan Razak dan Lisa Surihani.

"Mereka akan bercerita mengenai memori sambutan Aidilfitri dan pengertian 'kosong-kosong' dalam hidup mereka yang belum pernah dikongsikan lagi," ujarnya.

Sementara itu, Astro turut memperkenalkan sebuah lagu raya baharu berjudul Kosong-Kosong yang dinyanyikan oleh gabungan suara Dina Nadzir (Era FM), Feeya Iskandar (Sinar FM) dan Shah (THR Gegar).

Astro, Kosong Kosong

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan