suria

Ada Pihak Guna Nama Izzue Islam Burukkan MH17

Izzue kesal ada pihak guna namanya untuk kepentingan peribadi.
PETALING JAYA: Pelakon Izzue Islam terkejut dan kesal dengan tindakan individu yang menggunakan namanya di laman sosial Twitter dengan mempersoalkan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine malam Khamis lalu.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 24, berkata, perkara tersebut membuatkan dirinya dikecam dan dituduh sebagai tidak sensitif terhadap isu yang masih menjadi perhatian negara itu.

"Saya masih lagi terkejut dan hampir tidak percaya dengan kejadian yang menimpa negara kita dan MH17, saya tidak sangka pula ada pihak ambil kesempatan untuk menjadikan perkara ini sebagai sindiran lebih-lebih lagi menggunakan nama saya pula. Kali terakhir saya muat naik status laman sosial Instagram dan Twitter ialah mengucapkan takziah pagi tadi (Jumaat).

"Saya harap semua peminat tidak terpedaya dan percaya dengan apa yang ditulisnya itu, kerana akaun Twitter saya sebenar ialah @Izzueislam bukan @IzzueIslamMY," katanya ketika dihubngi mStar Online, di sini, Jumaat.

Antara kritikan peminat pada akaun palsu Izzue Islam

Izzue berkata demikian ketika diminta mengulas tentang sebuah laman Twitter palsu yang menggunakan namanya telah memuat naik status mencadangkan agar pramugari syarikat penerbangan menutup aurat dan tidak lagi menghidangkan arak.

Posting
  pada akaun palsu yang dibuat pada pukul 6.25 pagi Jumaat itu menerima lebih 1,400 retweet daripada pengikutnya yang mencecah 8,142.

Dalam pada itu, ramai pengikutnya mengkritik status tersebut dengan menganggap tindakan itu tidak menghormati kejadian tersebut.

Sementara itu, Izzue berharap agar orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang tidak pasti berkaitan kejadian MH12.

Akaun sebenar mililk Izzue Islam.

"Saya sangat sedih dengan kejadian ini, di mana negara baru masih dalam kesedihan kehilangan MH370 kita ditimpa sekali lagi kesedihan MH17.

"Saya harap peminat dan orang ramai terus mendoakan yang terbaik untuk keluarga mangsa yang terlibat dengan tragidi tersebut agar semuanya berjalan lancar.

"Orang ramai juga janganlah menyebarkan maklumat yang tidak tahu kesahihannya pada ketika ini yang boleh mengundang huru-hara pada orang lain," ujarnya.
Izzue Islam

Artikel Berikut

Artikel Lain