suria

KL Zombi Gegarkan PiFan 2014 di Korea Selatan

Salah satu babak dalam filem KL Zombie.

PETALING JAYA: Filem terbitan Grand Brilliance iaitu KL Zombie menerima pujian yang bagus selepas ditayangkan buat pertama kalinya di Pesta Filem Antarabangsa Puchon (PiFan 2014), di Korea Selatan.

Acara tersebut telah pun berlangsung pada 17 hingga 27 Julai lalu.

Menurut penerbitnya, Tengku Iesta Tengku Alaudin, ia merupakan satu penghargaan apabila pihak PiFan 2014 menjemput grand Brilliance menayangkan KL Zombie dan lebih terharu apabila filem tersebut mendapat respons yang positif.

"Kami benar-benar teruja apabila KL Zombi menerima tayangan antarabangsa perdananya di Korea Selatan di festival yang penuh berprestij ini.

"Tidak sangka ia mendapat penerimaan  yang cukup positif daripada pihak antarabangsa. Kejayaan ini menjadi inspirasi kepada kami untuk terus berusaha dalam kategori filem ini,” katanya kepada mStar Online.



KL Zombie telah ditayangkan pada 29 Ogos tahun lalu.Menerusi acara PiFan 2014, ia berada di bawah kategori Pawagam Dunia Hebat yang menayangkan filem seram, sci-fi, ngeri, aksi, dan fantasi dari pelbagai negara.

Filem itu mengisahkan wargakota Malaysia yang bakal ditimpa malapetaka apabila serangan penyakit zombi merebak ke seluruh bandar Kuala Lumpur, mengakibatkan huru-hara dan kemusnahan masyarakat.

Namun, Nipis, yang sebelum ini seorang yang malas telah membuat keputusan untuk menyelamatkan negara bersama beberapa orang lain bagi menghapuskan ancaman serangan zombi.

KL Zombi juga merupakan sebuah adaptasi ke layar skrin daripada buku novel siri Fixi, berjudul Zombijaya yang ditulis oleh penulis terkenal, Amir Muhammad.

Filem arahan Woo Ming Jin itu dibintangi oleh Zizan Razak, Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Usop Wilcha.

KL Zombie

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain