suria

Yuna Sumbang Dua Buah Lagu Untuk Filem 'Lagenda Budak Setan: Kasyah'

PETALING JAYA: Penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna tampil dengan dua buah lagu terbaharu untuk album runut bunyi filem trilogi terbaharu Lagenda Budak Setan: Kasyah yang bakal ditayangkan pada 11 September ini.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 28, turut menulis dan mencipta lagu yang bertajuk Lautan dan Bicara itu dan diterbitkan oleh AG daripada kumpulan Coco.

Penyanyi itu sendiri sangat berbesar hati dapat menyumbangkan lagu berkenaan untuk trilogi akhir filem berkenaan kerana amat meminati karya itu.

Lagenda Budak Setan yang diangkat daripada novel tulisan Ahadiat Akashah menjadi popular dikalangan pembaca dengan kisah cinta yang penuh dengan cabaran, 
penghianatan dan penipuan.

Sebelum ini lagu berjudul Bila Cinta yang menjadi lagu tema Lagenda Budak Setan mendapat sambutan hebat daripada peminat karya itu dan ia dicipta oleh Windra Benyamin dan dinyanyikan oleh Gio bagi versi lelaki dan Fili (versi perempuan).

Pengarah filem itu, Sharad Sharan amat menitikberaktan pemilihan lagu runut bunyi untuk karyanya itu kerana ingin memberi penonton merasai perasaan kesedihan dan kebahagian ketika menonton kisah cinta itu.

Lagenda Budak setan: Kasyah menampilkan barisan pelakon iaitu Maya Karin dan Farid Kamil sebagai teraju utama.



Artikel Berikut

Artikel Lain