Salah seorang ahli keluarganya berkata, bekas pengacara TV3 itu mengalami demam dan segera di hantar bagi mendapatkan rawatan pada Selasa.
“Keadaannya sangat lemah tetapi ia stabil. Saya berharap agar kita dapat doakan kesihatannya,” ujar ahli keluarga yang enggan disiarkan namanya.
Individu berkenaan juga meminta agar nama lokasi tempat rawatannya juga dirahsiakan untuk mengelak gangguan daripada orang ramai kerana wanita berkenaan perlu diberi ruang untuk berehat sepenuhnya.